Tuesday, March 5, 2013

Final MSSMKL 2013 (Berpasukan Lelaki Menengah) - Bhg 2


Setelah tamat dua pusingan di hari pertama, empat pasukan telah mendapat 4 mata match point penuh setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing. Maka di pusingan ketiga, mereka dipairkan di antara satu sama lain. SMK Seri Hartamas menentang Sekolah Sri Garden di meja 1. Manakala pasukan pilihan, SMK (L) Methodist bertemu pasukan tuan rumah, SMK Aminuddin Baki yang diketuai oleh Tan Jun Feng di meja 2. Keputusannya, Sekolah Sri Garden menang ke atas SMK Seri Hartamas. Manakala, pasukan tuan rumah gagal menyekat pasukan pilihan yang telah menumbangkan pasukan SM Sains Alam Shah di pusingan kedua.

Berpasukan L18 - Pusingan Ketiga
Di pusingan keempat, Sekolah Sri Garden dan SMK (L) Methodist membuat perhitungan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara berpasukan Kejohanan Catur Berpasukan (Menengah) MSSMKL 2013. Manakala lapan lagi pasukan yang mengutip 4/6 mata match point bertemu sesama sendiri untuk memperbaiki kedudukan.

Berpasukan L18 - Pusingan Keempat
Setelah tamat empat pusingan, pasukan pilihan SMK (L) Methodist yang diketuai oleh Tan Wei Hao berjaya mengutip 8/8 mata match point penuh. Hanya 1 mata match point yang diperlukan untuk mengesahkan diri sebagai Juara. Tiga pasukan - Sekolah Methodist Wesley, SMK St John dan SM (P) Choong Hwa, berjaya menang ke atas lawan masing-masing di pusingan keempat. Ini bermakna ada empat pasukan yang mempunyai 6/8 mata match point. Pasukan tuan rumah SMK Aminuddin Baki terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dengan pasukan SM Sains Alam Shah. SMK Kepong Baru telah menyertai kedua-dua pasukan ini dengan 5/8 mata match point.  

Berpasukan L18 - Pusingan Kelima
Di pusingan terakhir, SMK (L) Methodist telah seri dengan SM (P) Choong Hwa di meja 1. Di meja 2, Sekolah Sri Garden gagal bangkit dari kekalahan di pusingan keempat dan tewas kepada Sekolah Methodist  Wesley. Ini bermakna SMK (L) Methodist sudah pasti menjadi juara dengan 9/10 mata match  point manakala Sekolah Methodist Wesley menjadi naib johan dengan satu-satunya pasukan yang mengutip 8/10 mata match point. Ada tiga pasukan yang berkongsi 7/10 mata match point iaitu pasukan tuan rumah, SMK Aminuddin Baki, SM (P) Choong Hwa dan SM Sains Alam Shah. Melalui kata pemutus (tie break) mata game points, SM (P) Choong Hwa berjaya mendapat tempat ketiga, SM Sains Alam Shah mendapat tempat keempat manakala pasukan tuan rumah, SMK Aminuddin Baki mendapat tempat kelima.  

Demikianlah berakhirnya Kejohanan Catur Berpasukan MSSMKL 2013.


No comments:

Post a Comment