Wednesday, October 6, 2010

Pusingan 1, Individu Lelaki Bawah 12

"Uncastling" Kingside
Putih : Harleiff Haniff (Wilayah Persekutuan)
Hitam : Khairul Munir Mohd Rodzi (Kedah)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, C41 : Philidor Defense

 
Selepas 10.Qg3

10.Qg3 Dalam kedudukan ini, Queen dan 2 Bishop putih sedang menghalakan senjata mereka ke arah kedudukan King hitam. Hitam perlu berbuat sesuatu kerana pawn g7 sedang di pin dan putih mengancam untuk menyerang pawn h6. Apakah gerakan yang perlu dilakukan oleh hitam?

10...g5 Hitam mendedahkan Kingnya kepada serangan putih. Lebih baik untuk hitam bermain gerakan yang lebih selamat iaitu 10...Kh8.

11.h4 Putih mengambil peluang dari kedudukan pawn g5 yang sedang di pin.


Selepas 11...Nh7

11...Nh7 Hitam bermain pasif. Sepatutnya hitam menyerang kedudukan Queen putih dengan bermain 11...Nh5.

12.hxg5 hxg5 Hitam sepatutnya bermain 12...Nxg5 atau 12...Bxg5. 12...hxg5 tidak menyelesaikan masalah kedudukan Knight hitam di petak h7 yang pasif.


Selepas 13.Kh2

13.Kh2 Putih mempunyai perancangannya sendiri. Namun, dalam kedudukan ini, lebih baik untuk putih terus berusaha untuk develop pieces, e.g. 13.Nd2 untuk dibawa ke petak f3.

13...Qd7 Hitam gagal memahami gerakan ke–13 putih. Hitam sepatutnya mengambil peluang ini dengan menyerang kedudukan selesa Bishop putih bermula gerakan 13...Na5, untuk mengurangkan tekanan di Kingside hitam dan tidak memberikan ruang untuk putih meneruskan misi rahsianya.

14.Rh1 Putih tetap meneruskan misi rahsianya menggunakan kaedah manoeuvre rook yang unik.


Selepas 14...a6

14...a6?? Gerakan hitam yang pasif dan tidak mengambil kira perancangan putih. Hitam gagal menghidu bahaya yang bakal dihadapi! Gerakan 14...Kg7 adalah penting untuk mengelak checkmate! 

15.Kg1! Putih sedang menguasai h-file menggunakan kaedah manouver Rook yang jarang-jarang dapat dilihat...

15...Qd8? Hitam sudah berputus asa, Kingnya sudah tidak dapat diselamatkan! Mungkin hitam boleh mencuba 15...Bf6 untuk melindungi petak h8, namun masih tidak cukup untuk menyelamatkan keadaan, hanya mampu melambatkan kemenangan putih sahaja...

Selepas 16.Qh2!

16.Qh2! Putih mengambil peluang untuk melakukan checkmate sama ada di petak h7 atau h8 sekiranya knight h7 bergerak!

16...Kg7 King hitam sudah terlambat, gerakan ini sepatutnya dilakukan lebih awal lagi bagi membolehkan Rook melindungi Knight h7 dan memberikan ruang untuk King bergerak.

17.Qh6+! Sekiranya 17.Qxh7+ juga boleh membawa kepada checkmate 17...Kf6 18.Qh6#

17...Kg8 18.Qxh7# 1–0

The Power of 2 Bishops
Putih : Muhamad Aziz Farhan (Johor)
Hitam : Aziz Abidin (Terengganu)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, D21 : Queen's Gambit Accepted


Selepas 20.Bd5


20.Bd5 Kedua-dua Rook hitam sedang di pin oleh 2 Bishop putih. Rook hitam di petak f8 tidak boleh bergerak. Kedua-dua knight hitam tidak boleh bergerak. Putih akan mendapat 1 piece percuma. Bagaimanakah putih mendapatkannya?

20...a5 21.Bxc6 Bxc6 Perhatikan kedudukan Knight hitam di petak e7 yang tidak boleh bergerak kerana di pin oleh Bishop dan Rook putih!

22.Rxe7! Mengambil 1 piece percuma sambil menyerang Queen dan seterusnya memenangi permainan ini 1–0


The Power of 2 Rooks
Putih : Ariffarae Mohd Salem (Terengganu)
Hitam : Subramaniam Sivanesan (Negeri Sembilan)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, B40 : Sicilian Defense


Selepas 28.Rc1


28.Rc1? Putih melakukan kesilapan! Putih hanya perlu bertahan dengan gerakan mudah iaitu 28.c3 dan seterusnya boleh mengambil peluang atas kelemahan hitam di Kingside. Bagaimanakah hitam menghukum kesilapan putih?

28...h5? Gerakan yang sepatutnya dimainkan oleh Hitam ialah 28...Rxc2! Mengambil pawn percuma dan cuba mencipta serangan balas terhadap kedudukan King putih.
Sekiranya putih membalas dengan 29.Rxc2 Qg1+! 30.Ka2 Rxc2 (Sekiranya 29.Re7+ R8c7 30.Rxc2 Rxe7 etc.)

Queen yang Terperangkap
Putih : Ignatius Ong (Sarawak)
Hitam : Shreyes Subramaniam (Pahang)
MSSM 2010, Pusingan 1, 7 Jun 2010, C50 : Italian Game



Selepas 19.g4
 19.g4?? Putih telah melakukan kesilapan besar kerana gerakan pawn ini menyekat laluan Queen putih untuk berundur sekiranya diserang.
Bagaimanakah hitam menghukum kesilapan putih?
Dalam permainan sebenar, hitam bermain 19...fxg3.
Hitam terlepas pandang gerakan yang lebih baik iaitu : 19...g6! dan putih akan kehilangan sama ada Queen ataupun Knight! Sekiranya 20.Ne7+ Kg7 (20.Nxh6+ Kg7) Queen putih tetap tidak boleh lari. (Sekiranya 20.Qxh6 gxf5 hitam dapat 1 extra piece!)

No comments:

Post a Comment