Friday, July 23, 2010

Individu Perempuan Bawah 12 - Pusingan 3 & 4

Puteri Rifqah Fahada (Selangor) – Nithya (Negeri Sembilan)

Putih baru sahaja bermain 23. Rd1-d7. Kedudukan Queen dan Rook putih dalam keadaan yang baik dan amat agresif. Pawn f7 dan seterusnya Bishop g7 yang melindungi King hitam menjadi sasaran putih. Dalam situasi yang sukar ini, hitam telah melakukan satu kesilapan taktikal dalam kedudukan ini. Hitam bermain 23...Rxd7?? Sepatutnya hitam perlu bertenang menghadapi situasi ini dan bermain 23...Rb8 untuk menyerang Queen putih.

Sekarang putih menghukum kesilapan hitam dengan bermain 24.Qxc8+! Bf8 25.Qxd7 dan seterusnya memenangi permainan ini.



Nithya (Negeri Sembilan) – Siti Aisyah Sabirin (Terengganu)

Hitam baru sahaja bermain 41...Bd6-h2?? Satu kesilapan yang amat jelas telah berlaku. Bishop hitam sepatutnya digerakkan ke petak 41...Bf4 dan putih tidak boleh melakukan fork.

Sekarang putih menghukum kesilapan hitam dengan bermain 42.Ng5+! fork King dan Rook. 42...Kf6 43.Nxh3 dan seterusnya memenangi permainan ini.


Siti Khadijah Sabirin (Terengganu) vs Teh De Zen (Pulau Pinang) (4)

Hitam baru sahaja bermain 19...Bc8-b7. Dalam kedudukan ini, Knight hitam diserang oleh pawn di petak f6. Putih mempunyai kelebihan kerana mempunyai 2 Rook sementara hitam hanya mempunyai minor pieces. Putih hanya perlu menyelamatkan Queennya dan seterusnya boleh memenangi pertarungan ini.


Namun, apakah gerakan terbaik putih dalam kedudukan ini untuk mengekalkan kelebihannya? Dalam permainan sebenar, putih bermain 20.exd6 Qc6! Mengancam untuk checkmate dan dalam masa yang menyerang Queen putih. Putih terpaksa mengorbankan Queen untuk mengelakkan checkmate dengan bermain 21.Qxb7 Qxb7 dan seterusnya hitam dengan mudah menguasai permainan, malangnya berakhir dengan keputusan seri.

Gerakan yang sepatutnya dimainkan putih dalam kedudukan ini ialah 20.Qa7! Qc6 21.Rf2 dan seterusnya putih akan terus menguasai permainan menggunakan kelebihan 2 Rook yang dimilikinya.

No comments:

Post a Comment