Wednesday, May 12, 2010

Kejohanan Catur MSS Kedah


Menurut Laman Blog Persatuan Catur Kedah atau ringkasnya PERCAK, Kejohanan Catur MSS Kedah akan berlansung selama tiga hari dari 13 hingga 15 Mei 2010. Kejohanan tersebut bakal diadakan di SMK Model Khas Baling. Lapan (8) daerah PPD akan bersaing untuk merebut pingat emas dalam enam (6) kategori yang dipertandingkan dan 36 tempat untuk mewakili Negeri Kedah ke Kejohanan Catur MSSM di Kangar dalam bulan Jun nanti.


Muhammad Sirajuddin dari SK Kulim
(Juara MSSK Bawah 12 (L) 2008 & 2009)


Seramai 279 pemain catur dari sekolah-sekolah dalam PPD Kulim Bandar Baharu atau KKB telah bersaing dalam Kejohanan Catur peringkat Daerah KKB yang telah diadakan pada 8 Mei yang lalu untuk merebut 24 tempat ke kejohanan di peringkat negeri. Juara Bawah 12 (Lelaki) Kedah selama dua tahun berturut-turut, Muhammad Sirajuddin, akan mengetuai kontinjen PPD KKB bersama-sama kakaknya, Fairuz Hamizah, yang menjuarai kategori Bawah 15 (Perempuan).

Fairuz Hamizah lwn Syakir Shazmeer, pemain catur MSS Selangor
di Pertandingan Catur Seremban Parade Bawah 18 Februari lalu


Sila ke sini untuk senarai lengkap pemain2 catur KKB yang akan bertanding di Kejohanan Catur MSS Kedah.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PEMAIN2 CATUR YANG BAKAL BERTANDING DI KEJOHANAN CATUR MSS KEDAH!


No comments:

Post a Comment