Wednesday, May 12, 2010

Kejohanan Catur MSS Johor

Aziz Farhan
(Foto Gilachess)


Maisarrah (baju pink)
(Foto GiLoCatur)


Dua orang adik-beradik, Muhammad Aziz Farhan dan Maisarrah, dari PPD Segamat telah berjaya mengungguli kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dan Peremouan di Kejohanan Catur MSS Johor yang telah berlansung pada 7, 8 dan 9 Mei lalu. Kejayaan tersebut berjaya memecah dominasi Daerah Kulai, Batu Pahat dan Kluang selama ini.

Aziz Farhan yang mewakili MSS KL tahun lepas di Kejohanan MSSM di Kelang, Selangor berjaya mengutip 6/7 mata sementara adiknya berjaya mengumpul mata penuh 7/7.

Syabas dan Tahniah kepada mereka berdua dan pemenang2 Kejohanan Catur MSS Johor yang lain.

Dipetik dari laman blog http://168chessmaster.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment