Saturday, April 3, 2010

MSSD PETALING PERDANA - 5 hingga 8 APRIL


Di bulan April dan Mei, banyak kejohanan-kejohanana catur MSS (Majlis Sukan Sekolah2) peringkat daerah dan negeri yang akan diadakan. Di bulan Jun pula, kejohanan catur MSSM akan berlansung di Negeri Perlis Indera Kayangan.

Negeri Selangor Darul Ehsan akan melansungkan kejohanan MSSnya pada 13 hingga 15 April. Pada edisi kali ini, Daerah Sabak Bernam akan menjadi tuan rumah. Memandangkan kejohanan catur MSSD bagi PPD Petaling Perdana (PP) akan berlansung minggu hadapan - Sekolah Menengah pada 5 & 6 April manakala Sekolah Rendah pula pada 7 & 8 April, pemain-pemainnya agak kesuntukan masa untuk membuat persiapan rapi.

Tuan rumah bagi kejohanan catur MSSD PP bagi edisi kali ini masih tetap sama seperti tahun lepas iaitu Sekolah Menengah Seksyen 2 bagi kategori sekolah menengah manakala Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 bagi kategori sekolah rendah.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PESERTA MSSD PP!


Berikut adalah gambar-gambar kejohanan catur MSSD PP edisi tahun 2009 dari koleksi GiLoCatur.






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH










Pasukan catur SKBJ (gambar atas) yang cemerlang setelah menggondol pingat emas bagi semua kategori - Juara Individu Lelaki & Perempuan dan Juara Berpasukan Lelaki & Perempuan.

Enam pemain SKBJ seterusnya telah mewakili Petaling Perdana di peringkat negeri. Salah seorang darinya telah berjaya mewakili Negeri Selangor ke peringkat MSSM dan berjaya memenangi pingat emas.


No comments:

Post a Comment