Friday, April 16, 2010

Keputusan MSS Selangor 2010 di PPD Sabak Bernam (Acara Berpasukan)



Jadual di atas adalah ringkasan pemenang-pemenang bagi acara berpasukan bagi Kejohanan Catur MSS peringkat Negeri Selangor yang baru sahaja tamat semalam di Sungai Besar.


Kontijen Pasukan Catur Daerah Petaling Perdana (PP) 2010


Daerah PETALING PERDANA (PP) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi kejohanan tahun ini. Cuma agak sayang, trofi pusingan tidak dapat dijulang oleh daerah tersebut mengikut tradisi tahun-tahun sebelumnya kerana difahamkan ia masih berada dalam simpanan juara bagi edisi tahun lepas. Diharap bagi edisi-edisi mendatang, pihak tuan rumah dapat memastikan trofi pusingan dapat disampaikan kepada pemenang. Begitu juga kepada daerah yang menyimpan trofi pusingan tersebut dapat memberi kerjasama menyerahkan kepada pihak tuan rumah sebelum kejohanan catur MSSS bermula. Semoga kejohanan catur MSS peringkat Negeri Selangor akan menjadi yang terbaik di negara ini dan menjadi model kepada yang lain.


Keputusan Mata Mengikut Daerah
  1. Petaling Perdana (PP) - 108
  2. Kelang (KLG) - 89
  3. Kuala Selangor (KS) - 83
  4. Petaling Utama (PU) - 69
  5. Kuala Langat (LGT) - 57
  6. Hulu Selangor (HS) - 53
  7. Gombak (GOM) - 47
  8. Sepang (SPG) - 44
  9. Hulu Langat (HL) - 44
  10. Sabak Bernam (SB) - 14
nota : Sila maklumkan jika ada sebarang kesilapan. Keputusan adalah dari catatan penulis sewaktu Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dan ditaip semula.


SYABAS DAN TAHNIAH! UCAPAN TERIMA KASIH SEWAJARNYA DIBERIKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KEJOHANAN CATUR MSSS 2010 di Daerah SABAK BERNAM terutamanya para guru yang mengurus dan memantau para pemain yang ada pelbagai kerenah dan ragam dan menghadapi pelbagai cabaran seperti menguruskan hal-hal administrative, pendaftaran, lodging dan lojistik i.e. pengangkutan.


No comments:

Post a Comment